|


![]()
Dalam prakata oleh Professor Norman Stone dari Universiti Oxford, beliau menegaskan bahawa Sun Tzu ialah salah seorang pemimpin China yang hidup lebih 2400 tahun yang lalu. Dan beliau hidup sezaman dengan Confucius. Buku Kesenian Peperangan tulisan Sun Tzu ini adalah suatu buku yang mempunyai banyak kaedah kebijaksanaan dan kal fikiran. Ianya mengandungi bentuk-bentuk yang lengkap bertujuan untuk mencapai kemenangan mutlak tanpa menumpahkan darah.
‘Kenal pasti musuh kamu dan kenal
pasti siapa kamu; di dalam beratus peperangan, kamu tidak akan dikalahkan’
Buku
ini mengandungi banyak kebijaksanaan yang seperti di atas.
Tipu helah Sun Tzu yang nyata
ialah dia amat memahami bagaimana
mahu mengeksploitasi musuh dari segi perbezaan pendapat dan cara hidup dan juga
kelemahan mereka. Dan seterusnya bagaimana menggunakan kekuatan
musuh untuk
Buku ini juga tidak lari dari
pemikiran Lenin. Kata Lenin berkenaan kuasa Barat, “Kapitalis akan menjual
kita tali dan dengannya juga kita akan menggantung mereka.” Kefahaman
pemikiran Lenin ialah kekuatan musuh dapat digunakan semula menentang mereka.
Professor
Norman berkata semasa ramai berpendapat ketenteraan adalah semata-mata berkaitan
dengan peperangan, kita juga mesti memahami tentang unsur-unsur penting tentang
perbincangan atau rundingan. Katanya lagi, "Sesiapa yang berkemahiran dalam
peperangan akan juga bijak menentukan arah politik”. (‘Those skilled in war
cultivate politics’) Dan dengan demikian kamu akan menaikkan semangat dan
menggalakkan sekutu, menipu musuh, belajar tentang mereka, bergantung kepada
mereka di saat-saat genting untuk mendapatkan bekalan dan kelengkapan serta
membuatkan mereka letih memikirkan perkara
- perkara
Katanya
lagi, “Buku Seni Peperangan ini merangkumi pelbagai topik termasuklah hukum
peperangan, falsafah, pemikiran dan perbincangan strategik, politik, ekonomi,
diplomasi dan geography.”
Dengan
mengkaji buku ini, sudah semestinya dapat membantu komander-komander tentera
dalam semua peringkat tentang kaedah yang betul
untuk menentukan hala tuju peperangan, menyusun setiap pertempuran,
mengembangkan kemahiran berfikir dan kebijaksanaan dan seterusnya meningkatkan
kemampuan semasa.
Semasa
memberi ulasan terhadap buku Seni Peperangan, Marshal Liu Bocheng, yang pernah
menjawat jawatan presiden Akademi tentera China sekitar tahun 50-an berkata
bahawa buku ini mengandungi beberapa keistimewaan
yang nyata dan ini membuatkan ianya amat unik seperti juga hasil karya
buku besar
yang lain
1.
Buku
ini adalah hasil kerja silam berkenaan peraturan-peraturan peperangan universal.
Ianya menekankan dengan mendalam faktor-faktor yang membawa ke arah kemenangan
dan mengalahkan musuh, dan ianya juga memberi penekanan terhadap perihal
pentingnya perkiraan (keputusan-keputusan muktamad militer sebelum memulakan
peperangan).
2.
Buku
ini memberi penekanan kepada hubungan diantara peperangan dan faktor-faktor politik, ekonomi, diplomasi, astronomi dan geografi. Seorang
panglima dikehendaki menilai masa dan mengukur setiap suasana
dan seterusnya mengagak keputusan-keputusan musuh sebelum melancarkan
sebarang serangan atau mengarahkan peperangan. Dia tidak sepatutnya bertindak
secara melulu.
3.
Buku
ini menekankan kaedah untuk menewaskan musuh melalui pemikiran-pemikiran
strategik, dan bukannya dengan kekuatan semata-mata.
4.
Ia
juga menekankan perihal pentingnya menggunakan kekuatan
tentera secara
5.
Buku
ini juga melampirkan betapa pentingnya untuk ‘ kenal siapakah musuh dan juga
kenal diri sendiri’ jika mahu menacapai kemenangan di dalam peperangan. Di
dalam bahasa moden, ianya bermaksud sesorang mestilah bersikap realistik dan
praktikal dan betul-betul faham
tentang situasi sebelum mengambil sebarang keputusan untuk memulakan peperangan.
Sangkaan-sangkaan dan tindakan yang yang mengikut perasaan sendiri serta melulu
sudah pasti akan membawa kepada kekalahan.
6.
Buku
ini juga menyokong adanya tindakan untuk menggunakan kekuatan militer mestilah
secara di luar jangkaan terhadap musuh dan mendapatkan mereka secara mengejut
(surprise). Ia menekankan bahawa apabila membuat serangan, lakukannya dengan
kekuatan yang sepenuhnya ibarat seekor singa lapar dan apabila mahu menamatkan
peperangan, tamatkan dengan tiba-tiba ibarat sinaran pancaran kilat.