Petua & Panduan
Tidur yang lena

Tidur yang cukup, membuat anda nampak segar pada keesokan harinya. Bagaimanapun, jika keadaan sebaliknya berlaku, tentu anda akan hilang tumpuan.antaran itu, untuk mendapatkan tidur yang nyanyak/lena, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum tidur. Antaranya ialah :

  • Sebelum masuk kebilik tidur, pastikan fikiran dan tubuh anda sudah berehat.  Dua jam sebelum tidur seelok-eloknya jangan lakukan kerja dan senaman yang berat.
  • Jangan menonton filem seram atau membaca novel yang boleh menggangu penumpuan tidur.
  • segelas susu dapat membantu anda tidur dengan nyenyak dan jadikan ia satu amalan.
  • Hindari makan terlalu banyak sebelum tidur. Ingat!!!! anda memerlukan dua jam untuk menghadamkan makanan.
  • Jaga suhu bilik tidur anda jangan terlalu panas atau sejuk. Jangan biarkan bilik tidur anda semak dengan barang-barang yang tidak diperlukan.
  • Pilih pakaian yang tidur mengganggu tidur anda. Elakkan memamakai pakaian yang ketat.
  • Jangan biarkan fikiran anda berserabut. Buat sesuatu yang dapat melapangkan fikiran anada.
  • Jangan terlalu risau jika mata sukar dipejamkan.Elakkan terlalu berfikir kerana ia makin menyukarkan anda untuk melelapkan mata.
Cacing gelang

Cacing ini panjangnya 15 - 25cm. Tanda-tanda awal kanak-kanak yang menderita cacing gelang 
1) Tidur meniarap diatas lantai 
2) Rambutnya tumbuh tetapi jarang, berwarna kemerah-merahan
3) Perutnya buncit.

cara mengatasi:-

  • Parutkan bawang putih hingga mendapat lebih kurang 2 sudu teh dan campurkanya dengan madu lebah. Berikan anak yang bercacing minum setiap pagi selepas bangun tidur selama 3 hari berturut.
  • Ambil seulas bawang putih yang besar dan parut. Tambahkan dua pertiga gelas air masak. Kemudian tapis dan berikan kapada anak anda yang bercacing itu minum.
Minyak zaitun menjadikan rambut lebat.

Inginkan rambut yuang lebat, hitam dan bersinar?  Senang sahaja kalau anda mengikuti petua dibawah.....Impian menjadi kenyataan.

  • Sebelum anda mencuci rambut anda Sapukan minyak zaitun ke atas rambut anda dan urutkan untuk beberapa minit. Biarkan sekatika, kemudian syampu seperti biasa.
  • Untuk mereka yang mempunyai rambut uban, gunakanlah minyak zaitun setiap hari. Minyak zaitun membekalkan zat dan galian yang diperlukan kepada kulit kepala dan dengan itu ia dapat mencegah rambut uban.
  • Untuk mereka yang mempunyai rambut kering dan berbelah dihujungnya. Sapukan minyak zaitun ke atas rambut anda untuk melembab  dan menyuburkan rambut anda yang tidak bermaya.
  • Gukakanlah menyak zaitun untuk mendandan rambut anda mengikut kehendak yang diingini.
Panduan bersenam
[sebelumnya][ke atas][seterusnya]
Segala ilham yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan segala kelemahan dan kesilapan itu datang dari diri ini sendiri. wassalam..
Sebarang pandangan, cadangan, ulasan dan sebagainya bolehlah di e-mailkan ke webmaster@arif_net.zzn.com
Segala grafik dan rekabentuk web adalah hak milik terpelihara  Arifnet 2000