Petua & Panduan
Khasiat Air Cengkih

Setiap orang  mahukan zuriat yang cerdas dan pintar, Selain  kaedah  moden,  cara tradisional juga tidak kurang hebatnya.
     Apabila anda didatangi  tanda- tanda  hamil seperti  mengidam  dan   sebagainya,  cubalah amalkan meminum air rendaman cengkih setiap hari sehingga anak selamat dilahirkan.
     Tidak perlu banyak, cukup sekadar 2 atau 3 biji  cengkih.  Berikan  juga  kepada anak anda minuman  air  rendaman  cengkih  dari selepas dilahirkan sehingga berumur 5 tahun.
     Dengan    izin    Allah,    Insyaallah    ianya berkesan.

Elak urat timbul

Wanita  yang  mementingkan  penampilan diri pasti malu jika urat disekitar kaki dan pehanya timbul.  Perkara  ini  kerap  dialami oleh wanita yang baru lepas melahirkan anak.
     Ambil  segemgam  kacang  hijau dan rebus tanpa gula tetapi  jangan sampai hancur.
     Hasilnya kacang hijau itu akan menjadi satu gelas. Makanlah pada setiap pagi dan petang
     Satu  lagi  petua  yang  boleh  dicuba  ialah setiap  hari  sebelum  tidur  malam,  angkatlah kaki  keatas  setinggi   mungkin   dengan  cara duduk   melunjur  dan  badan  bersandar pada dinding selama 10 minit. Selamat mencuba.

Legakan Sengal

Sengal tulang dan ngilu memang tidak menyenangkan. Untuk melegakannya ambil satu jengkal halia dan cuci hingga bersih. Parutkannya dan tempelkan/lekatkan pada bahagian badan yang sengal dan ngilu itu, kemudian balutkannya.
     Walau terasa sedikit hangat dan panas, tetapi ia amat berkesan.

Atasi perut buncit

Perut buncit dan boroi sudah tentu memalu kan samada lelaki mahupun wanita.cuba petua ini untuk mengurangkannya.
     Ambil tiga cubit bedak sejuk dan campur- kannya dengan sedikit kapur sirih dan  air  perahan limau nipis. Gaulkan semua bahan  tadi dan lumurkan pada perut. Biarkan ia kering seketika kemudian ikat perut  dengan  sehelai kain. Amalkan  sebelum  anda  tidur  malam. Ambil perhatian  kapur  sireh  yang  berlebihan akan membuat perut anda panas.........

Menghalau lipas

Kita selalu gunakan daun pandan sebagai rencah pelengkap dan pewangi untuk kuih muih. Untuk pengetahuan anda daun pandan wangi juga boleh digunakan sebagai anti lipas
selain pewangi almari.
     Caranya mudah sahaja. Ambil 3 - 4 helai daun pandan dan letakkan dihujung atau dibahagian tepi almari, biarkan disitu sehingga kering, kemudian tukarkannya.
 

Melegakan batuk

Bakar sekeping asam gelugur dan seulas bawang putih hingga hangus. Hancur dan gaulkan bahan-bahan tadi dengan minyak kelapa. Sapukan pada dada.
     Amalkan petua ini pagi dan malam, Insya-
allah berkesan. Andainya batuk berterusan berjumpalah dengan doktor....

Membersihkan karangan laut

Kerja membersihkan semua karangan laut yang hendak dimasak akan menjadi mudah jika anda menggunakan pelepah pisang.
      Caranya ambil sebatang pelapah pisang, masukkan karangan laut dalam besen yang berisi air . Gosokan karangan laut berkenaan menggunakan pelepah pisang kerana ia memudahkan kotorang yang melekat tertanggal.

Menjauhkan semut dari gula

Minyak dapat membantu mengatasi semut digula. Caranya lilitkan seutas tali guni disekeliling balang gula. Jika tidak ada tali guni gunakan sahaja kain yang dipintal. Lumurkan dengan minyak kelapa dan tutup rapat balang gula itu.

Menghilangkan bau busuk dalam peti sejuk.

Arang kayu boleh menghilangkan bau busuk dalam peti sejuk anda.
     Dapatkan arang kayu yang sederhana besar
bungkuskan dengan kain dan masukkan dalam peti sejuk anda.

[menu utama][ke atas][seterusnya]
Segala ilham yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan segala kelemahan dan kesilapan itu datang dari diri ini sendiri. wassalam..
Sebarang pandangan, cadangan, ulasan dan sebagainya bolehlah di e-mailkan ke webmaster@arif_net.zzn.com
Segala grafik dan rekabentuk web adalah hak milik terpelihara  Arifnet 2000