Batu Seremban
Permainan Batu Seremban selalunya dimain oleh budak perempuan dari tahun 9 hingga tahun 14.
Ia boleh dimain di dalam rumah atau di kawasan lapang yang mengandungi lantai yang licin.
Untuk bermain, kamu hanya memerlukan 5 batu.

Panduan Bermain Batu Seremban

Permainan ini mengandungi 10 pusingan.
Setelah menghabiskan setiap pusingan, pemain diberi peluang untuk mengumpul markah.
Cara bermain
Pertama: Lemparkan kesemua batu seremban itu keatas dan cuba menangkap seberapa banyak batu batu itu dengan menggunakan atas telapak tangan.
Kedua: Campakkan batu itu kelantai dan lempar satu batu keatas sambil menggambil satu persatu batu dilantai tadi.
Ketiga: Lempar satu batu keatas sambil menggambil dua batu sekali hingga habis.
Keempat: Lempar satu batu keatas sambil menggambil tiga batu sekali dan satu batu sekali.
Kelima: Lempar satu batu keatas sambil menggambil empat-empat batu sekali.
Keenam: Genggam semua batu seremban sambil melemparkan satu batu keatas dan lepaskan gengaman batu yang dalam tangan itu dilantai, kemudian lemparkan satu batu keatas dan cuba menggambil kesemua batu-batu dilantai sekali gus.
Ketujuh: Lemparkan kesemua batu seremban itu kelantai ambil satu batu campakkan keatas dan sambut dengan tangan dibentukan seperti lubang di antara ibu jari dan jari petunjuk. Buat seperti itu satu persatu.
Kelapan: Lemparkan batu seremban kelantai kemudian ambil dua batu dan campakan satu batu keatas sambil menukarkan batu yang dalam genggaman dengan batu yang ada dilantai satu persatu, kemudian lemparkan dua batu digengaman tadi keatas sambil mengaup ketiga-tiga batu dilantai dan sambut kedua batu yang telah di lempar tadi dengan menggunakan kedua dua tangan .
Peraturan yang harus diperhatikan
Semasa hendak mengambil satu batu seremban yang telah dicampak kelantai mesti berhati-hati agar tidak menggerakan batu yang lain dan jika pemain melemparkan batu itu keatas dan tidak dapat menyambutnya kembali maka mereka akan hilang gilirannya.


Sila ke Lembaran Capteh