Congkak
Congkak ialah sebuah permainan tradisional yang popular di Malaysia.
Ada terdapat sedikit perbezaan antara ia dan Mancala.
Congkak ialah permainan untuk dua orang dengan menggunakan papannya yang mempunyai beberapa 'lubang' dan dua 'rumah'.
Sasaran permainan itu ialah untuk mendapatkan seberapa banyak guli ke dalam rumah mereka.
Biasanya,  siput, biji asam atau guli akan digunakan.
Permainan ini menggunakan konsentrasi dan pemikiran untuk menang.
Panduan Bermain Congkak
Papan congkak mempunyai tujuh lubang di kedua-dua belah tepinya dan satu 'rumah' di dua hujungnya. Pemain duduk menghadap satu-sama lain. Pada mulanya, semua lubang diisi dengan tujuh guli kecuali kedua-dua 'rumah', yang dibiar kosong.
Kedua-dua pemain mula mengambil semua guli di dalam satu lubang di belah mereka dan meletakkan guli itu satu persatu kedalam lubang yang kemudian, mengikut jalan ke kiri. Pemain meletakkan satu guli ke dalam 'rumah'nya apabila dia sampai di rumahnya tetapi tidak berbuat demikian apabila sampai di 'rumah' musuh. Bagaimana permainan ini bersambung, terserah kepada tempat yang guli yang terakhir di tangan pemain itu tercengkeram.
Jika guli pemain berhabis di :-
A) 'rumah'nya, dia harus mengambil guli-guli di salah-satu daripada lubang-lubang di belahnya dan bersambung seperti biasa.
B) sebuah lubang (tidak kira di mana belah) yang mempunyai guli, pemain itu mengambil guli-guli di lubang itu dan bersambung seperti biasa.
C) sebuah lubang dibelahnya yang tidak mempunyai guli, dia dapat mengambil guli-guli yang terdapat di lubang di hadapan (di belah musuh) lubang tersebut, lalu masukkan guli-guli itu ke dalam rumahnya, bersamaan dengan guli yang terakhir tadi. Jika lubang di hadapan kosong, pemain hanya memasukkan guli yang terakir tadi dan gilirannya habis. Sekarang, musuhnya mulakan gilirannya.
D) sebuah lubangyang kosong di belah musuh, pemain tinggalkan gulinya di lubang itu dan gilirannya pun habis. Sekarang, musuhnya mulakan gilirannya.
Pusingan pertama tamat apabila seorang pemain telah habis guli di belahnya.
Pusingan Kedua
Permainan itu bersambung di pusingan kedua dengan kedua pemain meletakkan guli-guli dari 'rumah' mereka. Bermula dari kiri ke kanan, tujuh guli di letakkan kedalam lubang-lubang itu. Jika pemain tidak mempunyai cukup guli untuk mengisi lubang, lubang itu di gelar 'terbakar'. Guli-guli yang lain di simpan di dalam rumahnya. Musuhnya juga berbuat demikian dengan guli-guli yang berlebihan.
Pemain yang kalah bermula pusingan itu. Permainan itu bersambung seperti pusingan satu, tetapi mereka tidak letakkan guli ke dalam lubang yang 'terbakar'. Jika guli terjatuh ke lubang yang 'terbakar', guli itu diambil lalu di letakkan ke dalam rumah musuhnya.

Permainan itu bersambung sehingga salah satu pemain hilang semua rumahnya atau berputus asa.



Sila ke Lembaran Batu Seremban