Gasing
Gasing ialah salah-satu daripada permainan tradisional melayu yang lebih dimain oleh dewasa daripada kanak-kanak.
Gasing yang digunakan oleh orang dewasa lebih besar dan dapat memutar dalam jangka masa yang lebih lama dari gasing yang dimain oleh kanak-kanak.
Ada dua macam gasing.
Yang pertama ialah untuk perhiasan sahaja dan yang kedua ialah untuk permainan sahaja.
Terdapat lima bentuk gasing yang berlainan.
Antara mereka ialah gasing berbentuk piring, gasing berbentuk jantung, gasing berbentuk leper, gasing berbentuk telur dan gasing berbentuk 'berembang'. (Berembang ialah buah daripada sebuah pokok di tepi laut.)
Gasing di buat oleh kayu dan besi.


Panduan Bermain Gasing
Permainan Gasing boleh dimain berpasukan atau bersendirian.
Perkakas: Gasing dan tali.
Sasaran: Untuk mendapatkan gasing berputar dengan jangka masa yang lama dalam tempat yang ditentukan.

Untuk bermain individu
1. Sebuah bulatan dilukis untuk menetapkan tempat yang gasing akan memutar
2. Tali akan diikat di pengkalan gasing dengan kuatnya bermula daripada paku
     gasing itu.
3. Pemain akan memegang gasing itu dalam tangannya, sambil memegang tali
     yang terlepas diantara jari mereka.            
4. Pemain lalu menyampak gasing itu ke dalam garis bulatan itu lalu menarik
     tali gasing itu ke belakang untuk memberikan kesan putaran itu.
5. Jika gasing itu memutar ke luar garis bulatan itu, pemain itu kalah.
6. Pemain dengan gasing yang dapat memutar paling lama, akan menang.

      

Sila ke Lembaran Congkak