Halo! Halaman ini khas untuk mereka yang telah berkahwin ( atau bertunang ) dengan seseorang yang berlainan kewarganegaraan.
Marilah kita berkongsi pengalaman, masalah, jenaka, kebaikan dan kemeriahan yang anda berkongsi hidup dengan seseorang yang datang dari kebudayaan yang berlainan.
Halaman ini dihasilkan oleh
Mami&Federico
Dengan adanya bantuan anda, kami ingin menjadikan Laman Web Pasangan Antarabangsa ini dengan lebih bernas dan berguna. Sekiranya anda mempunyai pendapat dalam membantu memperbaiki halaman ini, sila hubungi kami. Bantuan adalah diperlukan dalam bahagian-bahagian ini:
Kami sedang menyediakan Halaman FAQ Perkahwinan Antarabangsa: adakah anda ingin mengetahui jawapan mengenai perkahwinan campuran? Adakah anda ingin membantu menjawab soalan-soalan tersebut?
Kami dengan sukacitanya ingin mendengar dan melaporkan kisah tentang pasangan-pasangan yang lain di laman web kami. Pasangan bercampur biasanya mempunyai cerita-cerita yang menarik (setidak-tidaknya kami boleh menulis beberapa buah buku...), jadi sekiranya anda mempunyai kisah yang menarik, apa kata anda berkongsi dengan kami?
Laman web ini merupakan tempat berkomunikasi untuk pasangan-pasangan bercampur di seluruh dunia. Tujuan ini lebih berkesan dengan adanya senarai maklumat perhubungan yang lengkap. Sekiranya anda berminat, kami akan menyenaraikan nama anda ke dalam senarai di halaman tersebut. Untuk cara perhubungan yang lebih berkesan, anda adalah diingatkan supaya menyertakan alamat, telefon, nombor faks, alamat e-mel, alamat laman web (URLs) anda dan yang seterusnya.
Sekiranya anda mengenali pasangan-pasangan antarabangsa yang lain, sila sebarkan halaman ini!
Sekiranya anda tahu halaman-halaman atau sumber-sumber lain yang berhubungkait, sila hubungi kami. Kami akan memasukkan butir-butir mereka ke dalam senarai ini.
Halaman burokrasi Pasangan Antarabangsa: Setiap orang sudah tentunya mengalami banyak rintangan burokratis sekiranya anda ingin mengahwini pasangan yang berlainan kewarganegaraan. Dengan dukacitanya, badan konsulat dan institusi-institusi yang lain tidak berminat memberi bantuan dalam hal ini. Ataupun adakalanya mereka tidak mempedulikan dan sengaja memberi maklumat-maklumat yang salah. Isu sebegini akan berlarutan apabila anda mempunyai anak. Adalah baik mengumpul maklumat, pendapat dan pengalaman kepada pasangan-pasangan antarabangsa yang ingin berkahwin.
Kami ingin menterjemahkan halaman ini ke pelbagai bahasa. Sekiranya anda sudi membantu, sila hubungi kami.
Carilah kombinasi yang sama seperti keluarga anda!
Sekiranya anda ingin nama anda muncul di dalam senarai, sila mengisikan borang tersebut. Kami memerlukan nama pertama anda, kewarganegaraan dan alamat e-mel. Semua maklumat yang lain adalah terpulang pada anda.
Kami tidak akan menerima permohonan dari orang yang bukan berpasangan. Ini bukanlah perkhidmatan mencari pasangan!!!
Sekiranya alamat e-mel anda telah berubah, atau anda ingin memberitahu kami selanjutnya tentang anda, atau anda ingin membuat perubahan dalam data anda, sila e-mel kami. Sila sertakan butir-butir muka surat di mana nama anda dipaparkan. Kami akan mengurus hal-hal yang seterusnya.
Carilah Laman Web Pasangan Antarabangsa
Anda tersesat? Laman Web Pasangan Antarabangsa telah berkembang dengan majunya dimana anda mungkin menghadapi kesukaran untuk mencari nama seseorang yang tersenarai.
Ini bukan masalah yang serius: disini anda memiliki enjin pencari yang akan membantu anda.
Senarai surat-menyurat Pasangan-pasangan Antarabangsa
Marilah berbicara mengenai diri kita!
Sekiranya anda belum terdaftar di senarai surat-menyurat, sila ke sini dan sertai perbincangan tersebut.
Dihantarkan melalui e-mel!
Sekiranya anda tidak berminat dengan borang ataupun pelayar anda tidak menyokong jenis borang-borang, anda boleh e-mel kami.